CYST SUKAR HAMIL :APA ITU OVARIAN CYST?

Cyst menyebabkan susah mengandung? Yeke?  Ramai yang pernah dengar tentang cyst tapi tak ramai yang tahu apa itu cyst yang sebenarnya. Jom kita kenali apa itu Ovarian Cyst melalui 17 info menarik ini.

1. Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.

2. Terdapat pelbagai jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakuti golongan wanita.


3. Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.

4. Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.

5. Bagi mereka yang muda, jika anda mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia adalah endometriotic cyst.

6. Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst.

7. Corpus luteal cyst selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan.

8. Dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari.9. Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya.

10. Endometriotic cyst mengandungi darah yang berupa seperti coklat cair didalamnya.

11. Corpus luteal cyst pula mengandungi cecair didalamnya.

12. Diagnosa Ovarian cyst dengan senang dapat dibuat melalui ujian ultrasounds.

13. Risiko ovarian cyst termasuklah terpusing atau twisted yang menyebabkan kesakitan , pendarahan dalam cyst, jangkitan kuman dan pecah.

14. Pembedahan pilihan ovarian cyst adalah mengunakan pembedahan Laparoscopy.

ovarian cyst


15. Kebaikkan pembedahan laparoscopy termasuk kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang cepat.

16. Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding dengan kaedah ‘Laparotomy’.

17. Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh semula adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun.


Oleh itu, jika anda disahkan mempunyai cyst, usah khuatir. Pembedahan bukan satu-satunya jalan penyelesaian yang ada. Anda boleh berusaha untuk mengecutkan cyst tersebut sekiranya saiz cyst tersebut tidak terlalu besar & doktor mengesahkan bahawa pembedahan tidak perlu dilakukan dalam kadar segera. Anda boleh berikhtiar dengan set cyst shaklee. Hubungi saya untuk mendapatkannya.





Tiada ulasan:

eout(function() { document.body.className = document.body.className.replace('loading', ''); }, 10);
id; js.src = "//connect.facebook.net/ms_MY/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk'));