SINDROM POLISISTIK OVARI (PCOS) SERTA MASALAH PADA WANITA



Assalamualaikum semua,maaf kerana entri  kali ini lambat kerana kesibukan kerja.
Kali saya akan terangkan mengenai Sindrom Polisistik Ovari atau Polycystic OvarianSyndrome(PCOS). Ok saya rasa anda semua mungkin pernah terdengar atau mendengar tentang PCOS ini. Sindrom ini kerap atau selalu kita temui pada wanita tetapi perbezaan adalah pada presentasi PCOS ini pada wanita-wanita ini. Presentasi  PCOS bolih pelbagai cara dari tiada simtom hinggakan pada masalah haid dan kesuburan.
Bila kita berbicara mengenai sindrom , tidak apa jua sindrom seperti sindrom Down, tiada terdapat ciri-ciri atau simtom-simtom khusus bagi penyakit tersebut. Sindrom bermakna terdapat beberapa karektor-karektor atau ciri-ciri masalah,complain atau ujian-ujian dan bila dirangkumkan menjadi satu karektor penyakit yang dipanggil sindrom. Olih kerana itu sindrom tidak bolih ujud hanya dengan satu kerektor atau ciri atau simtom. Ini termasuklah PCOS ini  yang saya akan terangkan kerektor-kerektor PCOS tersebut.
Apakah PCOS?
PCOS adalah masalah endokrin yang utama wanita. PCOS adalah punca utama(80%) wanita yang mengalami  infertili yang disebabkan olih kegagalan ovulasi.Adalah dianggarkan 10% wanita mengalami PCOS dan kalau ultrasound digunakan sebagai kriteria PCOS, peratusannya lebih tinggi.(20-30%).
Apakah kriteria-kriteria/ciri-ciri/simtom-simtom PCOS?
1.       Ketidaktentuan atau tiada ovulasi
Ini selalunya ditunjukkan dengan kitaran haid yang tidak menentu. Kitaran panjang(>42 hari),darah turun berlebihan dan panjang. Perdarahan haid yang banyak dan panjang bolih menyebabkan anemia.
2.       Terdapatnya ciri-ciri “hyperandrogenism” sama secara klinikal atau ujian darah.
“Hyperandrogenism” adalah keadaan dimana seseorang itu mempunyai paras hormone androgen/testosterone(hormone lelaki) yang tinggi dalam darah. Secara klinikalnya,wanita ini mempunyai masalah jerawat,alopecia(Rambut botak) dan hirsutism( bulu-bulu halus berlebihan di muka,dada dan perut). Kalau ujian darah dilakukan seperti serum Testosterone menunjukkan parasnya tinggi.

3.       Ultrasound menunjukkan ovari-ovari  mempunyai banyak cyst-cyst kecil (purata 1 cm) berkumpul di pinggir dinding ovary membentuk satu “rantaian kalung mutiara.”. Pada setiap ovary terdapat lebih dari 12 cyst-cyst kecil ini dan kedua-dua ovary bersaiz besar.


Apakah komplikasi-komplikasi atau masalah-masalah berkaitan dengan PCOS?
1.       Masalah/komplikasi masapendek
·         Masalah kitaran haid tidak normal termasuklah haid berhenti.
·         Masalah hirsutism
·         Masalah kesuburan.infertiliti
2.       Masalah/komplikasi masapanjang
·         Obesiti
·         Masalah metabolic dan rintangan insulin  koelsterol tinggi,sakit jantung.
·         Diabetis Jenis 2 atau diabetis semasa mengandung
·         Darah tinggi
·         “Hyperplasia” dinding rahim dan bolih menyebabkan kanser rahim. Hyperplasia terjadi kerana rangsangan estrogen pada dinding rahim terlalu lama.

Apakah Etiologi/sebab-sebab  PCOS?
Patogenesis PCOS tidak diketahui sepenuhnya, Olih kerana karektor-karektor PCOS adalah pelbagai maka etiologi bukan satu tetapi mungkin juga pelbagai punca.
Diantara faktor-faktor penyebab PCOS adalah:
·         Genetik
·         Rintangan Insulin/Insulin resistance dengan hyperinsulinaemia.
Terdapat masalah pada reseptor insulin pada sel-sel dan menyebabkan insulin tidak dapat digunakan. Maka badan akan respon dengan menghasilhan lebih banyak lagi insulin.
·         Hyperandrogenism
Ovari-ovari menghasilkan lebih banyak hormon-hormon androgen. Ini berpunca dari peningkatan hormone LH yang merangsang sel-sel  theca pada ovary untuk menghasil lebih androgen.
·         Obesiti
Diantara 35 hingga 60% wanita PCOS mempunyai BMI > 30 kg/m2. Obesiti PCOS adalah obesity sentral(di perut) dan ianya memburukkan lagi rintangan insulin.
Apakah ujian-ujian yang dilakukan bagi menguji PCOS?
·         Paras serum hormone LH,FSH,Testosteron,Prolaktin,Tiroid
·         Ujian bagi hyperandrogenism adalah hormone DHEA dan SHBG
·         Ultrasound pelvis
Apakah rawatan yang ada untuk pesakit PCOS?
Pilihan rawatan bergantung kepada apakah kemahuan wanita itu.
Merubah carahidup
Mengurangkan berat badan kepada berat yang ideal dengan permakanan dan senaman. Wanita PCOS memerlukan sokongan dari suami atau kawan-kawan kerana mereka biasa mempunyai ‘low self-esteem’ dan sensitik. Saya rasa inilah cara yang terbaik bagi rawatan PCOS.
Memulihkan masalah haid
o   Menurunkan berat badan
o   Pil perancang keluarga (COCP)
o   Metformin
Metformin adalah ubat kencing manis digunakan untuk mengawal hormone androgen.Metformin bolih menggalakkan ovulasi dan mengawal haid.
Mengawal simtom-simtom hyperandrogenism
o   Kosmetik seperti bercukur,mencabut,elektolisis
o   Ubat Anti-androgen bolih digunakan untuk rawatan jerawat dan hirsutism.Perlu diambil selama 6 hingga 9 bulan untuk menampakkan kebersanannya. Elakkandari mengandung semasa pengambilan anti-androgen.
o   Pil Perancang keluarga dapat mengurang hormone androgen. Contohnya ialah Diane.Selain dari mengurang simtom hyperandrogenism,ianya juga menyebabkan kitran haid teratur dan normal.
Infertiliti
o   Mengurangkan berat badan sahaja bolih membantu seseorang itu mengandung.
o   Induksi Ovulasi dengan Clomiphene atau gonadotrophin.
o   “Ovarian drilling’ melalui laparaskopi
o   In-vitro-fertilisation(IVF).
Kesimpulan:
PCOS adalah masalah endokrin yang utama pada wanita. Simtom-simtom PCOS adalah pelbagai seperti masalah haid,kesuburan,obesity dan hirsutism. PCOS juga mempunyai komplikasi masa panjang seperti diabetis,darah tinggi, kolestero  tinggi  dan serangan sakit jantung. Rawatannya bergantung kepada kehendak pesakit. Mengurangkan berat badan kepada paras yang normal adalah rawatan utama PCOS.

MENU DIET UNTUK PESAKIT PCOS

Terapi nutrisi boleh membuat wanita dengan Polycytic Ovary Syndrome (PCOS) atau gangguan keseimbangan kadar hormon, memiliki peluang mendapatkan kehamilan. Ini contoh menu terapi nutrisi untuk si PCOS.

Sarapan sebaiknya terdiri dari jenis  makanan kaya serat serta rendah lemak. Contohnya:
  • Gandum atau oatmeal, putih telur rebus atau goreng.
  • Wafel dengan saus apel dan susu skim.
  • Oatmeal dengan buah dan yoghurt.
  • Muffin gandum, yoghurt, potongan buah segar.
  • Roti gandum, telur, dan secangkir teh tanpa gula.
Makan tengahari sebaiknya terdiri dari jenis makanan rendah karbohidrat, banyak sayuran hijau, dan protein. Contohnya:
  • Sup kacang merah, sandwich dari roti gandum, dan potongan buah segar.
  • Salad sayuran dengan tambahan ayam panggang atau daging,  ikan tuna atau ikan salmon, dan jus buah segar tanpa gula
  • Burger sayuran dan selada tomat, bawang bombay, mustard, dan jus apel.
  • Ayam panggang, sayuran kukus atau masakan sayuran berkuah (sayur bayam).
  • Sup sayuran seperti wortel, brokoli, yoghurt tanpa tambahan gula, buah-buahan segar seperti stroberi atau jeruk atau apel.
Makan malam sebaiknya terdiri dari jenis makanan dengan kandungan karbohidrat sedang - memiliki indeks glikemik sedang -- , protein, serta lemak. Contohnya:


  • Potongan daging panggang tanpa lemak nasi beras merah, dan cah sayuran (brokoli dan wortel).
  • Ayam panggang atau goreng, sayuran berkuah, es krim rendah lemak atau bebas lemak.
  • Ikan  seperti salmon dan  tuna bakar dengan olesan minyak zaitun, sayuran rebus, dan buah segar.
  • Nasi goreng udang dengan menggunakan beras merah, sayuran tumis atau capcay, yoghurt dan potongan buah segar.
  • Jagung rebus manis, daging sapi atau ayam, susu tanpa lemak. 

BUAH-BUAHAN YANG MENINGKATKAN KESUBURAN

Buah-buahan yang dapat meningkatkan kesuburan.


Beberapa buah berikut ini dapat meningkatkan kesuburan Anda:

1. Rambutan

Buah yang memiliki nama latin Nephelium lappaceum Linn ini merupakan sumber vitamin C yang sangat baik kerana kandungan vitamin C-nya sangat tinggi sama seperti jeruk. Vitamin C juga sangat esensial untuk pembentukan sperma.

Kekurangan vitamin C pada lelaki dapat menghalang dalam mendapatkan keturunan. Perbaikan untuk hal ini memerlukan waktu sebulan dengan meningkatkan penggunaan vitamin C sebanyak 500 miligram. Kualiti dan kuantiti sperma serta keaktifannya dapat ditingkatkan dengan menambah penggunaan vitamin C.

2. Kenari

Kenari atau dikenali dengan nama buah Walnut. Mengandung omega 3 dan omega 6 yang juga ditemukan pada minyak ikan yang baik untuk perkembangan sperma. Profesor Wendie Robbins dari Sekolah Kesihatan Masyarakat UCLA mengatakan, 117 sukarelawan adalah orang yang tidak merokok. Belum jelas apakah kenari boleh membantu masalah kesuburan, namun itu memberi efek positif.

Para peneliti menganalisa konsentrasi sperma lelaki, seberapa kuat mereka berenang, serta genetiknya.

Kecepatan berenang dari sperma lelaki yang memakan kenari meningkat tiga persen dibandingkan mereka yang tidak memakan.

Allan Pacey, pakar kesuburan dari University of Sheffield menyatakan penelitian itu hanya menemukan sedikit peningkatan jumlah sperma.

3. Kiwi

Buah kiwi Zespri patut dijadikan pertimbangan bagi seorang wanita yang ingin segera hamil. Vitamin C pada kiwi dua kali ganda dari jeruk dan lima kali lebih banyak dari epal.

4. Tembikai

Buah Tembikai mengandungi lycopene. Dalam sebuah kajian dilaporkan bahawa penggunaan lycopene yang cukup pada lelaki boleh membantu menurunkan risiko kanser prostat. Di India pernah dilakukan kajian terhadap 30 pasangan tidak subur, khususnya terhadap laki-laki dari pasangan tersebut yang berusia 23-45 tahun. Mereka memiliki masalah dengan sperma, yakni jumlah sperma yang kurang, struktur sperma tidak normal,dan pergerakannya lambat. Dua kali dalam sehari mereka diberi makanan kaya lycopene yang masing-masing menyumbangkan 20 mg lycopene (lebih kurang 1/2 bagian tembikai) selama 3 bulan terus-menerus. Hasilnya, setelah 3 bulan menjalani terapi, rata-rata jumlah sperma mereka meningkat 67%, struktur sperma mengalami perbaikan sebanyak 63%, dan kelajuan sperma melonjak 73%. Yang mengejutkan, 6 di antara laki-laki yang tadinya tidak subur tersebut ternyata berjaya mendapatkan keturunan.

Pada intinya setiap buah memiliki manfaat yang baik bagi tubuh.

Untuk meningkatkan kesuburan, buah-buah yang banyak mengandung vitamin C sangat disyorkan.



SET KURUS & KESIHATAN LELAKI

Assalamualaikum kawan-kawan..Berjumpa lagi kita pada hari ini..Bersyukur kerana kita masih bernafas dan semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik dan masih bersama keluarga yang tersayang..

Siapa yang tidak sayangkan keluarga? Sedangkan haiwan pun sayangkan anaknya...inikan kita manusia..mesti inginkan yang terbaik dalam kehidupan..

Semalam saya dah kongsikan dengan kawan-kawan mengenai set untuk ibu-ibu..

Hari ni saya nak kongsikan dengan papa-papa , abah-abah, ayah-ayah..mengenai Men's Vital Health Set dari Shaklee

Set ini lengkap untuk lelaki yang mementingkan kesihatan dirinya..

Lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok dan banyak lagi. Nak - nak lagi kalau lelaki itu merokok..Agaknya bilalah papa-papa ni nak berhenti merokok kan..Sedangkan mereka tahu yang merokok membahayakan kesihatan.

Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti :

- Mati pucuk
- Pembesaran prostat
- Kelesuan
- Kurang tenaga dan stamina

ok.. straight to the point...


SET MEN"S VITAL HEALTH mengandungi 3 produk dan kelebihannya tersendiri

1. Omega Guard 
- Mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, dan lain-lain
- Membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung
- Memelihara kesihatan otak, penglihatan serta fungsi-fumgsi sendi

2. Zinc Complex
- Membantu meningkatkan kualiti sperma
- Membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat
- Membantu dalam mengurangkan potensi mendapat kanser prostat atau pembesaran prostat
- Meningkatkan paras testosteron untuk kehidupan seksual yang baik
- Mencecah masalah mati pucuk
- Mengelakkan masalah keguguran rambut

3. Vitamin E
- dapat menghasilkan sperma yang lebih banyak
- dapat memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma
- meningkatkan paras testosteron di dalam badan



MEN'S VITAL HEALTH SET
Antara kebaikan Set ini..

1) Memelihara kesihatan prostat*
2) Meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan*
3) Memelihara jantung yang sihat*
4) Membantu mengekalkan tekanan darah normal*
5) Mengawal tahap kolestrol yang sihat*



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis    penyakit.


 Okay..kawan-kawan atau papa-papa yang mementingkan kesihatan dan yang sayangkan keluarga mereka bolehlah hubungi saya di

















Setiap hari ada special price ...Jadi Let be Friend dan follow blog saya yang tak seberapa ini..

Hadiahkan suami anda atau beli untuk diri sendiri atau ayah anda...Kerana kesihatan tidak boleh dijual beli...
Apa guna duit yang banyak jika anda tidak sihat...
Sekian, terima kasih.

ESP TIDAK BOLEH DI AMBIL LEBIH DARI 3 SUDU ,KENAPA?

Protein adalah salah satu keperluan tubuh yang penting untuk imuniti. Protein penting untuk untuk pembentukan dan pembaikpulihan sel. Oleh itu, dalam melindungi dan menjaga tubuh dari jangkitan, protein memainkan peranan penting.Antibodi juga adalah terdiri dari jenis-jenis protein.Mengikut Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika, kekurangan protein di kalangan warga tua mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan sistem imuniti.Dari kajian yang dibuat terhadap wanita-wanita di China yang mengambil soya secara rutin, mereka yang mengambil lebih banyak hidangan soya didapati menghadapi risiko kanser payudara lebih rendah daripada wanita yang jarang makan soya.Walaupun terdapat percanggahan dalam hal soya ini, yang mana sesetengah penyelidik berpendapat bahawa soya mengandungi phytoestrogen yang boleh menyebabkan kanser, namun pro-soya mengeluarkan kenyataan bahawa isoflavones (estrogen yang terdapat dalam soya) adalah lemah dan tidak memberi kesan kepada tubuh sebagaimana estrogen semulajadi dalam tubuh manusia iaitu estradiol. Malah, menurut pro-soya, isoflavones bila bertindakbalas dengan estradiol, ia menjadi sejenis bahan yang boleh mencegah kanser.Kajian juga menunjukkan bahawa di dalam soya terkandung phytochemical yang bolehmenurunkan paras kolesterol, membantutkan pembesaran sel kanser dan mencegah osteoporosis. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa elemen di dalam soya yang masih belum dapat dipastikan kesannya terhadap hormon, maka pengambilan soya seharusnya dibataskan kepada amaun tertentu.Oleh itu, pengambilan Soy Protein Shaklee dihadkan kepada 3 sudu sehari sahaja, bagi mengelakkan risiko pada masa hadapansoy proteinEnergizing Soy protein Shaklee adalah non-GMO soy, iaitu soya asli yang tidak menjalani proses yang mengubah kandungan genetik organismanya.Apa yang membuatkan Soy Protein Shaklee berbeza dengan produk soya lain?Kebanyakan produk soya diproses dengan alkohol. Cara ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk pencemaran bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan keseluruhan kebaikan soya.Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, Soy Protein Shaklee menggunakan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.sumber : Shaklee Trial Pack* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

HUBUNGI SAYA UNTUK ODER:


SET UNTUK FIBROID & CYST

Jika anda disahkan mempunyai cyst atau fibroid dan disarankan untk menjalani pembedahan dengan segera, nasihat saya ialah dapatkan second opinion dari doktor yang lain sebelum setuju untuk menjalani pembedahan. Seeloknya, anda berjumpa dengan sekurang-kurangnya 2 orang doktor pakar yang lain. Jika anda seorang yang beragama Islam, anda boleh melakukan solat hajat & istikharah untuk mendapatkan gerak hati sama ada anda perlu menjalani pembedahan atau mencuba rawatan alternatif untuk mengecutkan cyst & fibroid tersebut.
Set Fibroid Shaklee boleh membantu anda mengecutkan fibroid & cyst dengan cara semulajadi tanpa anda perlu menjalani pembedahan.  Bergantung kepada saiz & jenis ketumbuhan yang anda alami, Insya Allah set ini akan dapat membantu mengecutkan ketumbuhan tersebut secara perlahan-lahan. Untuk jenis fibroid & cyst yang boleh dikecutkan oleh set ini, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut.
 Set ini terdiri daripada:



GLA untuk menstabilkan hormon di dalam badan. Tumbuhan fibroid dirangsang oleh hormon estrogen. Kandungan hormon estrogen yang berlebihan menggalakkan tumbuhan fibroid. Biasanya ada perimbangan antara 2 jenis hormon dalam tubuh wanita. Estrogen sentiasa dikeluarkan oleh kilang ovary, manakala progesteron dikeluarkan jika berlaku ovulation atau penetasan telur yg berlaku pada hari 13-14-15-16 dalam pusingan haid.
Jika tiada ovulation, maka kandungan progesterone tidak meningkat dan ini menggalakkan tindakan estrogen tanpa kaunter tindakan progesterone. Kesannya banyak yang tak baik , berbagai jenis tumbuhan dirahim dan dalam payaudara akan berlaku, dan diantaranya fibroid dan kanser. GLA Complex Shaklee membantu menstabilkan hormon dalam badan anda sekali gus mencegah fibroid & kanser.
Vitamin E & Vitamin C yang merupakan Anti oksidan yang kuat. Antioksidan adalah ejen pembasmi sel kanser & merupakan penentang radikal bebas yang akan memusnahkan molekul yang boleh memusnahkan sel sihat.
Alfalfa (klik) yang kaya dengan iodin. Dalam dunia perubatan, iodin telah lama digunakan untuk merawat cyst.
Herbalax untuk detox & membersihkan usus.


B Complex anti stress & vitamin untuk gembira. Emosi yang stabil mempengaruhi proses pengecutan cyst & fibroid. The power of mind.
Berminat untuk mencuba set ini? Hubungi saya segera untuk mendapatkannya dengan harga istimewa.

CYST SUKAR HAMIL :APA ITU OVARIAN CYST?

Cyst menyebabkan susah mengandung? Yeke?  Ramai yang pernah dengar tentang cyst tapi tak ramai yang tahu apa itu cyst yang sebenarnya. Jom kita kenali apa itu Ovarian Cyst melalui 17 info menarik ini.

1. Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.

2. Terdapat pelbagai jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakuti golongan wanita.


3. Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.

4. Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.

5. Bagi mereka yang muda, jika anda mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia adalah endometriotic cyst.

6. Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst.

7. Corpus luteal cyst selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan.

8. Dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari.9. Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya.

10. Endometriotic cyst mengandungi darah yang berupa seperti coklat cair didalamnya.

11. Corpus luteal cyst pula mengandungi cecair didalamnya.

12. Diagnosa Ovarian cyst dengan senang dapat dibuat melalui ujian ultrasounds.

13. Risiko ovarian cyst termasuklah terpusing atau twisted yang menyebabkan kesakitan , pendarahan dalam cyst, jangkitan kuman dan pecah.

14. Pembedahan pilihan ovarian cyst adalah mengunakan pembedahan Laparoscopy.

ovarian cyst


15. Kebaikkan pembedahan laparoscopy termasuk kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang cepat.

16. Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding dengan kaedah ‘Laparotomy’.

17. Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh semula adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun.


Oleh itu, jika anda disahkan mempunyai cyst, usah khuatir. Pembedahan bukan satu-satunya jalan penyelesaian yang ada. Anda boleh berusaha untuk mengecutkan cyst tersebut sekiranya saiz cyst tersebut tidak terlalu besar & doktor mengesahkan bahawa pembedahan tidak perlu dilakukan dalam kadar segera. Anda boleh berikhtiar dengan set cyst shaklee. Hubungi saya untuk mendapatkannya.





eout(function() { document.body.className = document.body.className.replace('loading', ''); }, 10);
id; js.src = "//connect.facebook.net/ms_MY/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk'));